QUIZIZZ GAME CHANGER CERTIFICATION

 Alhamdulillah selesai  menambah lagi pengetahuan tentang Quizizz. Sempena malam ini merupakan malam terakhir JamadiAkhir saya melangkah setapak lagi bagi mendepani dunia pendidikan yang mencabar. Semoga dengan Pengetahuan yang sedikit ini dapat membantu murid dalam meningkatkan kualiti pelajaran mereka. 

Quizizz merupakan salah satu permaian interaktif yang boleh diguna pakai oleh setiap guru tidak kira matapelajaran apa yang diajar. Permainan didalam quizizz ini banyak membantu murid untuk fokus serta cepat bertindak. 

manakala bagi guru pula Quizizz dapat membantu guru melaksanakan aktiviti murid dengan teratur. Sekiranya guru tidk sempat untuk membuat aktiviti guru boleh mengambil aktivoiti yang telah sedia ada di dalam quizizz. Sangat mudah bukan. Markah pula dapat dilihat dari rendh kepada markah ang tinggi dan guru boleh menghantar laporan markah murid kepada ibu bapa.

Selain melaksanakan aktiviti ini anda juga mendapat sijil yang diiktiraf. seperti ini. 








untuk melayakan anda mendapat sijil tersebut anda perlu lulus sekurangnya 80% dan alhamdulillah saya mendapat 98 % ketika menjawab kali yang ke dua.

Sahabat semua boleh mengambil peperiksaan  melalui link ini.

Game changger certification


SELAMAT MENCUBA. 

Previous Post Next Post