Alhamdulillah
Jumaat datang lagi. 12.1.2023
Marilah bersama-sama kita penuhi hari Jumaat kita dengan memperbanyakan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W
Firman Allah Taala didalam surah Al Ahzab ayat 56
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan Para
Malaikat-Nya berselawat Kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah
kamu kepadanya serta ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”
Adab untuk berselawat ialah memulakan majlis kita dengan menghadiahkan Al fatihah kepada Nabi Muhammad S.A.W, para Mashaikh khususnya Shaikhuna, ibu bapa serta para Ahbab Muslimin dan Muslimat.
Lafaz Selawat :
ٱللَّهُمَّ صَلِّى عَلى سَيِّدنَا مُحَمَّد وَعَلَى آلِهِ وَصَحبِهَ وَسَلِّم