SAYYIDAH FATIMAH R.A PUTERI RASULULLAH SAW

 بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

❤️ Petikan dari Kitab Sirah Ahlil Bayt Nabi saw - Sheikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah.

.................................

Tajuk: Sayyidah Fatimah Puteri Rasulullah saw

Beliau adalah Fatimah binti Muhammad. Ayahnya ialah Rasulullah saw, penutup seluruh Nabi dan Rasul. Ibunya Sayyidah Khadijah binti Khuwailid. Sayyidah Fatimah digelar penghulu wanita ahli syurga.

Diriwayatkan kelahirannya adalah sekitar 5 tahun sebelum Nabi saw menerima wahyu. Beliau adalah seorang wanita yang baik peribadinya, manis pertuturannya, suka membantu faqir miskin, dan dicintai oleh segenap lapisan masyarakat. Beliau merupakan salah seorang kecintaan Nabi saw bahkan yang paling serupa dengan Nabi saw.

Dikisahkan oleh Sayyidah Aisyah dan Buraidah radiallahuanhuma:

Bahawasanya orang yang paling dicintai oleh Rasulullah saw ialah Fatimah.

Sayyidah Aisyah r.a juga penah menyebutkan:

"Aku tidak pernah melihat orang yang paling serupa dari sudut keelokan peribadi, sakhsiah yang menyenangkan, dan semisal Rasulullah saw daripada puterinya Fatimah."

Setiap kali Sayyidah Fatimah hadir, Rasulullah saw pasti akan berdiri menyambut kedatangannya, menciumnya, dan meletakkan beliau dekat di tempat duduknya sama ada sebelah kanan atau kiri Baginda saw.

Semisalnya Sayyidah Fatimah dengan Baginda saw pada keindahan fizikal dan peribadinya, kekhusyukan dan tawaduknya kepada Allah swt, ketenangan peribadinya, keelokan akhlaknya, kelembutan bicaranya, serta perjalanan yang telah ditempuh untuk mencapai redha Ilahi.

Kecintaan Rasulullah saw kepada Sayyidah Fatimah terlihat jelas dalam ucapan Baginda saw:

"Fatimah adalah bahagian dariku. Barangsiapa yang membuatnya marah, bererti membuatku marah. Barangsiapa yang berbuat buruk kepadanya bererti berbuat buruk kepadaku dan barangsiapa yang menyakitinya bereti menyakitiku."

Kedudukannya sebagai penghulu wanita sekalian alam dipenuhi dengan didikan untuk mengenal erti kesabaran dan perjuangan untuk mencapai redha Ilahi. Pada seawal dakwah Baginda Nabi saw, beliau telah diajarkan untuk bersabar atas segala ujian serta mendepani banyaknya penderitaan bersama bapanya, Rasulullah saw. Maka itulah yang melayakkan beliau menjadi penghulu seluruh wanita beriman.

Allahu'alam.

.................................

❤️ Dikhidmati terjemahannya oleh U. Kausar, moga Allah swt mengampuninya dan diri kita  serta menerima khidmat ini di sisiNya. Amin.






Previous Post Next Post